Home » » PETUA - JENIS MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM 7 HARI

PETUA - JENIS MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM 7 HARI

Di negara kita masalah obesiti boleh  dianggap masalah utama dinegara ini, kerana peratus yang menglami obesiti di kalangan rayat negara ini saban tahun meningkat. maka tidak heran la kalau menteri kesihatan kita mengeluarkan amaran supaya rayat di negara ini perlu menjaga makanan seharian.

so, entry kali ni aku nk berkongsi tips bagai mana kita nak mengekalkan berat badan yang ideal  dalam masa semiggu..

jom layanss tips ini jom...^o^











Hari Pertama

Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda. 


Hari Kedua

Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga

Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.


Hari Keempat

Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.


Hari Kelima

Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.


Hari Keenam

Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.


Hari Ketujuh

Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.






Sumber

0 comments:

Post a Comment

follow me on twitter

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kapal Karam Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger