so, tak heran la kalau di Rusia ni terdapat satu kawasan persemadian geng-geng Mafia yang mati ini..
Extreme ke tak extreme kubur ini korang tengok la ye...
jom layanss berita penoh ini..jom ^o^
Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.
Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia.
Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua
meter dan berharga sehingga RM100,000.
Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan
pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan
orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah
menjadi pangkalan kumpulan samseng
Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada
era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah
itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.
Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg
menunjukkan betapa uniknya Russia. “Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia
moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan,” katanya. Melihat kepada
gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah
terbabit.
“Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup,” katanya. - TS
Sumber: www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment