Home » » DUNIA - HUGO CHAVEZ KALAH MELAWAN KANSER

DUNIA - HUGO CHAVEZ KALAH MELAWAN KANSER

Nama Hugo Chavez bukanlah asing bagi jutaan manusia di selurh dunia ini, mana tidaknya kelintangan presiden  Venezuela metempelak US di media massa menyebabkan gerak geri tindakkan beliau sentiasa diperhatikan oleh negara musuhnya itu.. namun segalanya berakhir apabila kematian diumumkan oleh kerajaan  Venezuela semalam, presiden yang penuh kontroversi ini akhirnya gagal melawan kanser yang dialami selama ini.

so jom kita baca berita hari ini...jom










CARACAS 6 Mac - Presiden Venezuela, Hugo Chavez, 58, meninggal dunia semalam selepas dua tahun bertarung dengan kanser, sekali gus meletakkan masa depan negara yang kaya dengan sumber minyak itu dalam keadaan tidak menentu.

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang kelihatan sebak ketika mengumumkan mengenai kematian Chavez berkata, kerajaan Venezuela ketika ini menempatkan pasukan tentera dan polis bagi 'mengawal dan melindungi rakyat serta memberi jaminan keamanan di negara ini.'

Venezuela, yang masih berpecah walaupun selepas pilihan raya Oktober lalu, turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama seminggu dan Menteri Luar, Elias Jaua berkata, pilihan raya baharu akan diadakan dalam tempoh 30 hari.

Jaua berkata, Maduro akan mengepalai kerajaan sementara Venezuela sebelum pilihan raya berikutnya diadakan.
"Ia (pentadbiran Maduro) merupakan mandat yang diberikan Presiden Hugo Chavez kepada kami," katanya.

Kebanyakan pemimpin negara benua Amerika Latin melahirkan rasa sedih atas kematian Chavez, namun beberapa negara antarabangsa berharap pemergian pemimpin itu memberi harapan terhadap sistem politik yang lebih terbuka di Venezuela.
Sekutu rapat Venezuela, Cuba, turut mengisytiharkan tempoh berkabung buat pemimpin yang banyak membantu ekonomi negara kepulauan itu.
Penduduk Cuba juga menggambarkan Chavez adalah 'anak lelaki sejati' pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Namun, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang sering menjadi sasaran kritikan Chavez, dilihat lebih berhati-hati dengan meminta AS menyokong 'rakyat Venezuela' ketika ini dengan menggambarkan kehilangan pemimpin mereka sebagai 'tempoh yang sukar.'

"Ketika Venezuela memulakan episod baharu dalam sejarahnya, AS kekal komited kepada polisi kami dalam menyuburkan prinsip demokrasi, undang-undang dan menghormati hak asasi manusia," menurut kenyataan bertulis Obama.




Sumber : Utusan Online



0 comments:

Post a Comment

follow me on twitter

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kapal Karam Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger