Home » » MENARIK - HAIWAN YANG COMEL HAMPIR PUPUS

MENARIK - HAIWAN YANG COMEL HAMPIR PUPUS

Berikut ialah haiwan yang sangat comel dan lawa yang dikatakan semakin pupus disebabkan oleh perubahan iklim dunia, yang menyebabkan habitan haiwan yang comel ini musnah dan kita semua perlu ingat kemusnahan ini adalah disebabkan oleh manusia..

so jom kita layanss haiwan ni jom... ^o^






1. Sand Cats




sand-cats






Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.




2. Fennec Fox


Fennec-Fox




image: A fennec fox rests at Sunshine International Aquarium in Tokyo.


Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir. 



3. Mandarin Duck








Mandarin Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang colourful manakala si betina hanya berwarna plain yang boring. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.




4. Beluga Whale


Image: Three Beluga Whales, Delphinapterus leucas, White Sea, Karelia, Russia.




Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.



5. Matschie's Tree Kangaroo









Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.



6. Iberian Lynx








Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.




7. Giant Panda







Spesis binatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tidak, takkan WWF nak letak panda ni menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. 

0 comments:

Post a Comment

follow me on twitter

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kapal Karam Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger