caesarean ialah satu keadah iaitu bayi yang dilahirkan melalui pemedahan dengan memotong/membelah bagian rahim wanita untuk melahirkan bayi tersebut.
so, kepada bakal ibu-ibu yang ingin melahirkan anak mereka melalui keadah ini fikir-fikirkan lah kesan buruk ke atas bayi mereka nanti..
jom layansss berita hari ini jom... ^o^
Washington: Bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarian adalah lima kali ganda lebih mudah jatuh sakit kerana alahan sehingga usia mereka dua tahun, menurut kajian baru.
“Ini menyokong hipotesis kebersihan bahawa pendedahan awal kanak-kanak kepada organisme mikro menjejaskan perkembangan sistem imun dan memudahkannya uzur kerana alahan,” kata Christine Cole Johnson, ketua Jabatan Sains Kesihatan Henry Ford, yang mengetuai kajian.
Johnson berkata, bayi dilahirkan menerusi C-section (Caesarian) mempunyai satu corak bakteria ‘berisiko’ dalam usus yang mungkin menjadikan mereka lebih mudah menghasilkan antibodi Immunoglobulin E, atau IgE, apabila terdedah kepada alergen.
IgE dikaitkan dengan perkembangan alahan dan asma.
Untuk kajian itu, penyelidik Henry Ford berusaha menilai peranan pendedahan awal terhadap alergen dan bagaimana pendedahan itu memberi kaitan antara C-section dan penghasilan IgE.
Sumber : www.bharian.com.my
wiki.answers.com
0 comments:
Post a Comment