Powered by Blogger.
Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

HARI TERAKHIR FAIZAL ISMAIL(FBI) BERSAMA HOT FM

Hari terakhir  Faizal Ismail (FBI) bersama Hot Fm.
Sedih siot...jom layans....














p/s: pertemuan dan perpisahan pasti akan dirasai oleh semua manusia tidak kira miskin,kaya,tua mahupun muda. hadapilah dengan hati yang terbuka,kerana disebaliknya itu pasti ada hikmah yang tersembunyi oleh yang maha berkuasa.
























MP KINABATANGAN DISERANG!!!!


Kelakuan MP Kinabatangan dalam persidangan parlimen baru-baru ini telah mengudang pelbagai reaksi yang berbeza daripada rakyat Malaysia, baik dari segi positive mahupun negetive. maka, laman twitter MP Kinabatangan menjadi platform rakyat Malaysia untuk menunjukan reaksi ketidakpuasan hati meraka pada MP ini namun begitu ada jua yang menyokong tindakan MP dalam persidangan parlimen tempoh hari.

so,jom kita layan apa komen-komen dalam twitter MP Kinabatan ini...jom layaanss...





p/s: sebagai rakyat yang berpendidikan korang mesti tau yang mana betul dan yang mana salah kan. Bak kata-kata punjangga abg bil "lu pikir la sendiri"

INFO- NEGARA-NEGARA YANG MEMPUNYAI NUCLEAR WEAPONS

Dah lame rasenye x update tentang info..so kali ni ak nk kongsi tentang negara-negara yang mempunyai nuclear weapons pulak..nk2 mood tantang perang kat sabah ade lagi so boleh la ak cerita tentang ketenteraan sikit ye x....

so jom kita lihat negara yang mane ade super weapons ini...malaysia bile lg...hehehe
jom layans...



1) AMERIKA SYARIKAT (US)













Ujian Pertama: 1945 (Trinity)

Ujian Terkini: 1992


suma orang tau negara uncle sam ini memang pakar membina senjata yang canggih dan boleh dikatakan super power. dikatakan negara ini telah melakukan sebanyak 1054 kali percubaan senjata nuclear dan bom yang diciptanya mampu memberikan impak kemusnahan lebih daripada 13,000km. perhh lau Malaysia kena boleh hilang melayu kat bumi ni...hehehe
Ujian nuclear pertama US digelar "Trinity" dimana ianya dilakukan pada tahun 1945 dan ianya merupakan ciptaan nuklear pertama didunia. sejanta nuclear pertama ini adalah hasil cadangan seorang saintis terkenal iaitu Albert Einstein kepada Franklin Rosevelt untuk membuat senjata berkenaan.
Maka, dengan kerjayaan ujian senjata nuclear tersebut, menyebabkan Negara Jepun adalah negara yang pertama yang menjadi mangsa sejanta US ini. dimana Us terlah menjatuhkan "Litter Boy" di kota Hiroshima dan Nagasaki pada ogos 1945 higga menyebabkan Negara matahari terbit ini lumpuh denganteruk sekali.

Namun, sebanyak 1054 kali percubaan nuclear yang dilakukan US, ini kebanyakannya bukan semuanya membuahkan hasil yang bagus, kegagalan semasa menjalankan ujian ini dikatakan mengancam bandar-badar mereka sendiri. Contoh negeri-negeri yang mengalami kegagalan ujian nuclear ini ialah Bandar Atlantic, New Jersy (1957) , Savannah, Georgia (1958) dan Goldsboro,NorthCarolina (1961)

namun mujurlah letupan yang dihasilkan tidak menyebabkan kemusnahan yang teruk pada bandar ini.






2) RUSSIA








Ujian Pertama; 1949 (RDS-1)

Ujian Nuclear terkini : 1992

Apabila US menyerang jepun pada tahun 1945, maka negara yang digelar sebagai Red Army ini mula mejalankan kajian nulearnya ini dan pada tahun 1949, negara ini telah berjaya mencipta sejanta nuclear mereka yang pertama dengan gelaran seabagai "RDS-1". Dengan kejayaan yang pertama ini, negara Red Army ini tidak menoleh kebalakang lagi, dimana dikatakan negara ini mempunyai senjata nuclear terbayak dihasilkan di dunia dan ledakan nuclear yang dihasilakn oleh negara ini boleh mecapai 20 kiloton (ukuran yang digunakan untuk mengukur kekuatan letupan bom).






3) UNITED KINGDOM (INGGERIS)








Ujian Pertama: 1952 ( Hurricane)

Ujian Nuclear terkini; 1991

Pada tahun 1952, UK telah melakukan ujian nulearnya yang pertama dengan gelaran diberikan sebagai "Hurricane". Namun pada tahun 1968, UK talah menandatangani perjanjia untuk tidak membagunkan senjata Nuclear (Nuclear Non-Proliferation Treaty ,NPT). UK dan US telah berkerjasama dalam bidang pertahanan terutamanya dalam bidang Nuclear sejak tahun1958 lagi melaluai perjanjian kerjasama (Mutual Defence Agreement)





4) FRANCE












Ujian Pertama: 1960 (Gerboise Bleue)

Ujian Nuclear terkini; 1995

seperti UK, france juga merupakan salah satu ahli dari Nuclear Non-Proliferation Treaty ,NPT. pada tahun 1969, france telah melakukan percubaan nuclear yang bersifat Fusion Bomb. France telah melakukan percubaan pertama ujian Nuckearnya pada tahun 1960 di bawah pemerintahan  Charles de Gaulle dan dikatankan jumlah percubaan yang pernah negara ni lakukan sebanyak 200 kali percuabaan Nuclear.






5) CHINA








Ujian Pertama: 1964 (596)

Ujian Nuclear terkini: 1996

Setelah percubaan pertama bom atomnya pada tahun 1964 yang digelar "596", China terus menerus melakukan kajian Nuclear weapon ini dan berjaya melakukan satu percubaan senjata nuclear sebagai Bom Hidrogen pada 1967. Sehingga sekara China diakatakan memiliki jumlah sekita 180 Bom Nuclear yang aktif dan siap sedia digunakan dalam peperangan. Negara komunis ini diakata satu-satu negara yang memiliki senjata akan memberikan insurans kepada negara-negara yang tidak memiliki senjata tersebut dan dikatakan negara ini tidak akan menggunakan senjata nuclear kepada negara yang tidak mempunyai senjata nuclear atau tidak akan meledakan bom nulear di zon yang bebas senjata nulear walaupun dalam keadaa apa pun.








6) INDIA 






Ujian Pertama: 1974 (Smilling Buddha)

Ujian Nuclear terkini: 1998

selain daripada China, India dalah negara asia ke-2 yang mempunyai senjata nuclear. negara ini melakuakan ujian pertama senjata nuclear pada tahun 1974 yang digelar sebagai " Smilling Buddha"
dikatakan senjata nuclear negara ini mampu untuk dilepaskan melalui kapal laut dan pesawat.





7) PAKISTAN 











Ujian Pertama:  28 Mei 1998 ( Chagai -1)

Ujian Nuclear terkini: 30 Mei 1998


pada awalnya Negara ini telah melakukan kajian tentang senjata nuclear pada tahun 1956, namun program ini diberhentikan oleh Presiden negara berkenaan pada masa itu diperintah oleh Presiden Ayub Khan,walaupun para saintis negara itu cuba menyakinakn priseden namun Perisen Ayub Khan tetap tidak meluluskan program itu.
Namun segala-galanya berubah apabila pada tahun 1998 pakistan memulakan ujian nulcear pertama negara itu dengan gelaran sebagai "Chagai -1"
dimana pada masa itu pedana meteri negara itu Zulfiqar Ali Bhutto berkata " Jika India membuat sebuah bom. kita tidak akan hanya melihat dan tunggu sahaja, tetapi kita kene mememilikinya(bom) juga. Orang inggeris mempunyai bom, orang yahudi mempunyai Bom dan Kenapa tidak umat Muslim memilikinya juga?."







8) KOREA UTARA








Ujian Pertama: 2006

Ujian Nuclear terkini : 2013

Sebgai negara yang mempunayi gudang senjata kimia yang terbesar, Korea utara merupakan negara pemilik nuclear yang secara amnya melaksanakan sepenuhnya penggunaan sejata ini. sehingga kini negara komunis ini mempunyai 2 reaktor nuclear yang aktif. Ujian nuclear pertama negara ini pada tahun 2006 dikatakan gagal dan pada tahun 2009 ujian nuclear mereaka telah berjaya. tahun ini, Korea telah melakukan ujian nuclear ke-3 mereka di mana ianya mendapat kencaman dari sume negara didunia ini.






9) ISRAEL.







Ujian Pertama dan Terkini : 1979

Negara Yahudi ini dikatakan emmpunayi senjata nuclear yang sentiasa dalam keadaan sedia, dikatakan senjata negara ini mampu dibawa oleh kapal perang ,persawa dan peluru berpandu balistic mereka. israel membina reaktor pertamanya pada tahun 1950, dan membuat senjata nuclear pertamanya pasa tahun 60an. namun status mengenai senjata ini msih samar lagi. Di Khabarkan UK dan France telah berkejasama dengan israel membangunkan sejata nulear negara yahudi ini. satu laporan menyebutkan bahawa negara yahudi ini cuba membuat senjata nulear mini yang mana mampu di bawa melalui beg sahaja.
















PERHHH - KAKI TERKAYA DIDUNIA

Kejayaan messi sebagai pemain no.1 dunia memang tidak dapat di nafikan lagi, terbaru syarikat barang kemas yang terkemuka dari jepun iaitu Ginza Tanaka telah menyiapkan ukiran replika kaki kiri messi dengan beratnya iaitu 25kg, tinggicm dan lebar 28cm dan menjualnya dengan berharga  £3.5m ($5.3m). Dikatakan replika ini meggunakan 100 peratus emas tulen..
Penjualan replika ini, bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang mengalami bencana alam tsunami di jepun pada tahun 2011 yang lepas.

perhhh kaki emas tol messi ni... ^o^





Photo: 世界最高峰のサッカープレーヤー
メッシ選手の“黄金の左足”が実物大純金オブジェに!
LEO MESSI × GINZA TANAKA
「The Golden Foot」 http://bit.ly/15wzzDV

バロンドール4年連続受賞、年間ゴール数歴代1位の快挙を成し遂げたリオネル・メッシ選手の偉業をたたえ、GINZA TANAKAではこのたび、メッシ選手の利き足である“黄金の左足”の実物大純金製オブジェを製作いたしました。
明日3/7(木)から発売するこの「The Golden Foot」は525万USドル(4億8650万円)、1点限りの限定販売です。GINZA TANAKA 銀座本店で期間限定にて展示いたしますので、ぜひお近くにお立ち寄りの際はご来店くださいませ。

DUNIA - HUGO CHAVEZ KALAH MELAWAN KANSER

Nama Hugo Chavez bukanlah asing bagi jutaan manusia di selurh dunia ini, mana tidaknya kelintangan presiden  Venezuela metempelak US di media massa menyebabkan gerak geri tindakkan beliau sentiasa diperhatikan oleh negara musuhnya itu.. namun segalanya berakhir apabila kematian diumumkan oleh kerajaan  Venezuela semalam, presiden yang penuh kontroversi ini akhirnya gagal melawan kanser yang dialami selama ini.

so jom kita baca berita hari ini...jom










CARACAS 6 Mac - Presiden Venezuela, Hugo Chavez, 58, meninggal dunia semalam selepas dua tahun bertarung dengan kanser, sekali gus meletakkan masa depan negara yang kaya dengan sumber minyak itu dalam keadaan tidak menentu.

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang kelihatan sebak ketika mengumumkan mengenai kematian Chavez berkata, kerajaan Venezuela ketika ini menempatkan pasukan tentera dan polis bagi 'mengawal dan melindungi rakyat serta memberi jaminan keamanan di negara ini.'

Venezuela, yang masih berpecah walaupun selepas pilihan raya Oktober lalu, turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama seminggu dan Menteri Luar, Elias Jaua berkata, pilihan raya baharu akan diadakan dalam tempoh 30 hari.

Jaua berkata, Maduro akan mengepalai kerajaan sementara Venezuela sebelum pilihan raya berikutnya diadakan.
"Ia (pentadbiran Maduro) merupakan mandat yang diberikan Presiden Hugo Chavez kepada kami," katanya.

Kebanyakan pemimpin negara benua Amerika Latin melahirkan rasa sedih atas kematian Chavez, namun beberapa negara antarabangsa berharap pemergian pemimpin itu memberi harapan terhadap sistem politik yang lebih terbuka di Venezuela.
Sekutu rapat Venezuela, Cuba, turut mengisytiharkan tempoh berkabung buat pemimpin yang banyak membantu ekonomi negara kepulauan itu.
Penduduk Cuba juga menggambarkan Chavez adalah 'anak lelaki sejati' pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Namun, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang sering menjadi sasaran kritikan Chavez, dilihat lebih berhati-hati dengan meminta AS menyokong 'rakyat Venezuela' ketika ini dengan menggambarkan kehilangan pemimpin mereka sebagai 'tempoh yang sukar.'

"Ketika Venezuela memulakan episod baharu dalam sejarahnya, AS kekal komited kepada polisi kami dalam menyuburkan prinsip demokrasi, undang-undang dan menghormati hak asasi manusia," menurut kenyataan bertulis Obama.




Sumber : Utusan Online



PENGARAH DITETAK ANAK BUAH SENDIRI




TAIPING – Gara-gara perbalahan mengenai masalah di tempat kerja, Pengarah Hospital Taiping, Dr. Mohd. Yassim Abdul Rahman cedera parah ditetak dengan parang oleh kakitangannya sendiri di ruang legar hospital itu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, Mohd. Yassim, 50-an, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, kepala dan tangan akibat ditetak oleh kakitangan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik terbabit.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, sebelum kejadian, mangsa telah mengarahkan suspek yang berusia 53 tahun berpindah ke unit lain.
“Pada pagi tadi (semalam), mangsa telah menemui kakitangan tersebut dan meminta dia mengosongkan pejabatnya dengan segera.
“Suspek yang tidak berpuas hati telah meninggalkan pejabatnya namun kembali semula dengan sebilah parang lalu menetak mangsa yang sedang berjalan di ruang legar hospital,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Sumber : Kosmo online

GEMPUR 30 PERGGANS TERBUNUH



GEMPUR



Setakat malam tadi 30 mayat pengganas ditemuiLahad Datu: Selepas tiga minggu bertolak ansur dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina, pasukan keselamatan semalam melancarkan serangan besar-besaran menerusi Ops Daulat terhadap mereka yang berkubu di Kampung Tanduo, di sini semalam. 



Serangan tiga peringkat bermula dengan pengeboman lokasi pengganas menggunakan tiga pesawat pejuang F-18D Hornet dan lima Hawk Mk-208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 10 minit bermula jam 7 pagi yang terbang dari pangkalan TUDM di Labuan.

Ia diikuti serangan menggunakan mortar 81mm sebelum menghantar anggota masuk untuk mengesan pengganas.

Serangan peringkat ketiga ialah operasi ‘menggeledah dan membersih’ yang disertai kira-kira 1,000 pegawai dan anggota 21 Grup Gerak Khas, pasukan atur cepat 10 Briged Para serta Komando VAT69 dengan bantuan kereta perisai APC Condor.
Operasi membabitkan zon penampan kawasan selamat seluas 10 kilometer (km) persegi dari lokasi sasaran serta zon operasi pengeboman seluas empat kilometer persegi. 

Bagaimanapun, sehingga jam 9 malam tadi, pasukan keselamatan belum mengumumkan bilangan pengganas yang terbunuh atau ditawan. Namun, menurut sumber 20 hingga 30 mayat telah ditemui.

Sambil menyifatkan Ops Daulat mencapai matlamat awal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera atau terkorban dalam serangan itu.

"Operasi menggeledah dan memburu saki baki pengganas masih diteruskan. Saya yakin musuh masih berada di kawasan sasaran kerana polis dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk tembakan yang dilepaskan kumpulan pengganas. 

"Oleh itu, pergerakan pasukan keselamatan agak perlahan ketika ini (petang) kerana keutamaan adalah keselamatan anggota kita," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, semalam.

Kira-kira 200 pengganas yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu dan dikepung pihak keselamatan negara.

Pelbagai usaha kerajaan, termasuk berunding supaya mereka pulang secara sukarela menemui jalan buntu. Malah, mereka bertindak ganas apabila membunuh dua anggota polis di kampung itu, Jumaat lalu, diikuti serangan hendap terhadap pasukan risikan polis di Kampung Simunul, Semporna, sehari kemudian dan membunuh enam lagi anggota.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Ismail berkata, sejurus selepas serangan udara, tentera dan polis melancarkan serangan mortar kira-kira 10 minit untuk memudahkan pergerakan pasukan keselamatan memasuki zon operasi.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai operasi itu, khususnya mengenai jumlah kematian atau kecederaan kerana berita yang tidak tepat ini boleh menjejaskan operasi.

“Saya minta orang ramai tak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo... saya minta orang ramai tidak masuk ke zon operasi," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, serangan udara hanya dilancarkan selepas pihaknya pasti tiada orang awam di zon operasi berkenaan.

Ditanya senjata dan kelengkapan digunakan dalam operasi itu, beliau berkata: "Oleh kerana operasi masih berterusan, sistem yang kami gunakan tak boleh dedahkan, tapi kita ada gunakan letupan tertentu untuk memastikan keselamatan pasukan terjamin sebelum masuk ke zon operasi".


Sumber :  bharian online
follow me on twitter

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kapal Karam Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger