Home » » SEMASA - BAYI YANG DILAMBUNG AMAH DI MASUKAN HOSPITAL SEMULA

SEMASA - BAYI YANG DILAMBUNG AMAH DI MASUKAN HOSPITAL SEMULA

pagi ini macam-macam berita menarik terpapang dalam surat khabar.. tp yang paling menarik minat ak bace ialah tentang adik Hareez ni..
ak dapat tau adik Hareez dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semula...


apa-apa pn jom layansss pertikan akbar hari ni....jom ^-^



Nina Suraya   menyusukan Mohamed Hareez  yang dirawat di wad kanak-kanak HTAA, semalam.





Kuantan: Bayi malang yang menjadi mangsa dera kepada pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di Bukit Setongkol, di sini, Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, malam kelmarin, selepas didapati tidak sedarkan diri. 


Ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, berkata anak sulungnya, Mohamed Hareez Mohd Zamri, empat bulan tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila dikejutkan pada jam 8.30 malam menyebabkan beliau bergegas menghantar anaknya ke hospital. “Malam tadi (kelmarin) keadaan Hareez begitu lemah dan keadaannya bertambah buruk apabila tidak menunjukkan tindak balas apabila saya memanggil namanya.

“Panik melihat keadaannya yang kaku, saya terus membawanya ke HTAA sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di pekarangan hospital berkenaan, semalam. 

“Panik melihat keadaannya yang kaku, saya terus membawanya ke HTAA sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di pekarangan hospital berkenaan, semalam. 

Tiada kecederaan dalaman 

Nina berkata, pemeriksaan awal melalui ujian imbasan pihak hospital menunjukkan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman, namun rawatan susulan masih dijalankan jika terdapat kecederaan lain pada Hareez. 

“Pada awalnya, Hareez ditempatkan di ICU, namun pagi tadi (semalam) dipindahkan ke wad kanak-kanak HTAA apabila tahap kesihatannya kembali stabil. 



“Namun begitu doktor masih menunggu laporan x-ray sama ada Hareez turut mengalami kecederaan pada tulang akibat dilambung pembantu rumah itu,” katanya.




0 comments:

Post a Comment

follow me on twitter

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kapal Karam Blog - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger